Thursday, January 2, 2014

CERPEN ' PERSAHABATAN '

''Nenek, tolong Zila!'' Laung Zila Lafisya dari dalam biliknya. Selepas mendengar jeritan daripada Zila Lafisya, nenek Pah terus berlari menuju ke bilik Zila Lafisya.
'' Ya Allah! Apa sudah jadi dengan bilik ni, Zila?'' ujar nenek Pah dengan nada terkejut, nenek Pah bertambah terkejut apabila melihat Zila Lafisya duduk atas meja belajar.
''Nenek tolong Zila, ada lipas dekat situ!'' jerit Zila Lafisya sambil menunjuk ke arah seekor lipas. Nenek Pah terus menghampiri lipas itu lalu diambil dan dibuang ke luar tingkap.
'' Ya Allah, kamu ni terkejutkan nenek je. Nenek ingatkan apalah tadi, sekarang kamu turun ke bawah lipas dah tak ada.'' Ujar nenek Pah. Zila Lafisya takut-takut hendak turun dari meja, akhirnya dia berjaya turun ke bawah.''
'' ish, kamu ni! takut dekat lipas sampai macam tu sekali.'' ujar nenek Pah lagi sambil menepuk bahu cucunya.
''Nek, Zila bukan takut tapi Zila gelilah.''bela Zila Lafisya
''Ish, kamu ni!'' kata nenek Pah dengan nada geram.
''hehehe....sorry nek. Nek, atuk pergi ke mana?'' tanya Zila Lafisya sambil berjalan ke arah ruang televisyen.
'' atuk kamu tu pergi mana lagi kalau bukan ke kebun dia.'' kata nenek Pah.
''ooo....'' Zila Lafisya menghidupkan suiz televisyen.
'' Zila, kamu tak nak sarapan lagi ke?''laung nenek Pah dari arah dapur.
''hmmm..tak nak lagilah nek.'' laung Zila Lafisya pula sambil menonton rancangan kegemarannya iaitu 'Running Man' 

Keesokan harinya di sekolah....

'' Fisya, cuba kau tengok tu.'' Zila Lafisya terus memandang ke arah yang ditunjukkan oleh sahabat karibnya itu. Zila Lafisya melihat ada seorang budak perempuan kena buli dengan musuhnya itu, siapa lagi kalau bukan Bella and the gengs. Itulah gengster sekolah, Zila Lafisya terus bangun dan berjalan laju ke arah itu.

''Hoi!'' Jerit Zila Lafisya dengan kuat.
''Apa hoi, hoi. Kau nak kena tumbuk dengan aku ke?'' Ugut Bella dengan tegas..
'' Suka hati akulah, yang kau sibuk tu kenapa? Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tu. Sorry sikit ye, sikit pun aku tak takut.'' ujar Zila Lafisya dengan tegas.

'' Eeeee...Kau tanya aku sibuk kenapa? kau sedar ke tidak yang kau tu telah mengganggu kami!'' ujar Zack salah seorang ahli kumpulan Bella. Di sekolah, ramai pelajar yang takut dan gerun dengan Bella and the gengs kecuali group aku. Bella mempunyai 6 orang ahli kumpulan termasuklah Bella, iaitu Zack, Hani Sazana, Kamarul, vinez, dan Seuw Mie. Manakala, Zila Lafisya mempunyai 7 orang ahli termasuk Zila Lafisya juga, ketua geng Syazzarul. ahli yang lain iaitu Juju, Tie, Wan, Ryan dan Faizan.

''So, ada aku kisah!'' Ujar Zila Lafisya dengan tegas.
'' Kau apa hal, nak cari gaduh dengan kami ke? Kalau nak gaduh cakaplah jangan jadi pengecut, Confrim kita orang menang dan Korang kalah.Hahahaha....''kata Kamarul dengan bangga dan mendapat sambutan ketawa dari geng-gengnya.
''kita orang pengecut? sorry sikit ye...kita orang bukan pengecut. Korang tulah yang pengecut, bila berhadapan dengan cikgu disiplin cakap bohong, putar-belitkan cerita. Korang sebenarnya yang pengecut!'' Kata Faizan dengan marah campur sindir dan geram.
Eeee....kau!!!! Ujar Kamarul dengan geram.
Apa! takut ke? Marilah sini kalau kau nak tumbok muka aku. Aku tak takut pun. Kata Faizan dengan tegas.

'' Dahlah geng, jom kita pergi dari sini. Menyampah je aku tengok muka dia orang ni. Buat aku panas je.'' Ajak Bella. Mereka terus pergi dari kawasan itu juga.
'' Tukar topik dah. Takut tu cakap jelah takut tak payahlah nak berselindung di sebalik wajah kau yang pura-puara baik tu. Menyampah aku!'' Laung Syazzarul.
'' Terima kasih! Aku tak tahulah apa yang akan terjadi dekat aku sekirannya kamu semua tak datang tolong aku tadi.'' Kata budak perempuan yang kena buli tadi.
'' No problem. Kami cuma bantu apa yang kami boleh bantu, itu je.'' Kata Wan
'' Thanks a lot, saya akan ingat jasa baik kamu semua.''
'' Okay, oh lupa nak tanya, siapa nama awak?'' Tanya Juju.
''Oh, nama saya Siti Armanda. you can call me Siti or Manda.'' kata Siti
''Okay, We call you siti.'' Kata Tie yang lain hanya menganggukkan kepala sahaja.
''Okaylah kami nak balik kelas dululah takut nanti kena marah dengan cikgu pula. Okay see you next time, bye!'' Kata Ryan, Mereka terus berendar dari situ. ' Thanks to you all because help me just now. Semoga Allah membantu dan melindungi kamu semua.' Doa Siti didalam hati sambil memerhati Zila Lafisya and the gengs.

'' Eeee... geramnya aku. Aku rasa macam nak je belasah muka mereka semua tu tadi!'' Kata Vinez dengan perasaan geram.
'' Tahu tak pe. Aku pun sama, kalau ikutkan hati tadi memang aku nak tampar muka si Zila tu tadi. Tapi tadi ramai pelajar lalu- lalang, nanti dia orang report dekat cikgu disiplin matilah kita.'' Kata Bella.
'' Tahu tak pe.'' kata Hani.
'' Aku ada idea, apa kata kita balas dendam. Macam mana setuju?'' Sazana memberi cadangan, yang lain berpandangan antara satu sama lain. Lalu mereka setuju dengan cadangan Sazana itu tadi. Mereka mula mengatur startegi jahat.

'' Zila, petang ini kau ada hal tak?'' Tanya Tie. sambil mengayuh basikal bersama-sama sahabat-sahabatnya merangkap gengnya.
'' Tak ada, kenapa?'' Tanya Zila Lafisya pula.
''Kami cadang nak datang rumah kau petang ni untuk study, boleh tak?'' Kata Juju.
'' Oh boleh je. Datanglah, nenek aku mesti seronok kerana kau orang semua nak datang rumah.'' Kata Zila Lafisya teruja.
''Okay jumpa kau petang nanti.'' Kata mereka apabila tiba dipersimpangan untuk pulang ke rumah masing-masing. Zila Lafisya kayuh basikal dengan perasaan gembira kerana dia tidak sabar hendak memberitahu kepada nenek Pah berita gembira. Apabila Zila Lafisya sampai dihadapan rumah neneknya, dia terlihat kelibat seorang perempuan mungkin sebaya dengannya sedang memerhati bunga yang ditanam neneknya itu dan dia juga terlihat sebuah kereta berada dihadapan rumah neneknya juga.

'Eh, siapa dia tu?'Desih hati Zila Lafisya. Zila Lafisya mengayuh basikalnya itu lalu dia letak ditempat letak basikal yang datuk dia sediakan khas untuk Zila Lafisya cucu kesayangan datuk dan neneknya. Perempuan itu memandang hairan ke arah Zila Lafisya.'Eh, siapa perempuan itu, sesuka hati dia saja nak maruh rumah nenek aku.' Marah perempuan itu didalam hati, lalu dia mengikut Zila Lafisya yang terlebih dahulu masuk ke dalam rumah. Zila Lafisya memberi salam, salamnya disambut dengan wajah gembira oleh nenek dan datuknya. '' Zila dah balik, macam mana sekolah hari ini, baik?'' tanya datuknya macam biasa. Datuknya itu memang selalu menanyakan soalan yang sama apabila Zila pulang dari sekolah. '' Alhamdulillah, semuanya baik, Tuk.'' Jawab Zila Lafisya.

''Zila, mari nenek kenalkan ini mak Ngah Zila. Namanya Aini. Ini pula suaminya, Zaini. Kalau dua orang ini pula anak mereka berdua, Bella dan Tajul. Bella ni sebaya kamu tapi kalau Tajul pula tua setahun daripada kamu.'' Terang nenek Pah dengan panjang lebar. Zila Lafisya tersenyum sambil menyalami tangan mak Ngah dan Pak Ngahnya. Waktu dia menyalami tangan mak Ngahnya, dia nampak mak Ngahnya buat muka menyampah dengannya. Mak Ngahnya salam dengannya macam acuh tak acuh je. Zila Lafisya naik hairanlah apa kena dengan mak Ngahnya ni. Selepas itu Zila Lafisya memberi senyum saja kepada Bella dan Tajul. Tajul seorang je yang membalas senyumannya itu, Bella tidak, dia buat muka masam.

'' Mesti Zila pelikkan tiba-tiba Zila nampak Mak Ngah Zila sekeluarga. Dulu tak nampakkan?'' Zila hanya menganggukkan kepala mendengar pertanyaan daripada datuknya. '' Sebenarnya, mak Ngah ni dulu tinggal di Sabah kerana mengikut pak Ngah yang bekerja disana. Mereka kata susah nak dapat cuti.'' Zila hanya menganggukkan kepala saja. '' Okaylah, Zila nak masuk bilik, nak bersihkan diri dan solat dulu.'' Kata Zila.
'' Oh, okay. Zila ajaklah sekali Bella
bersambung........

Wednesday, January 1, 2014

Permulaanku....

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, bermula segala coretan oleh seorang gadis yang merupakan insan biasa.